Showing posts with label ALQURAN. Show all posts
Showing posts with label ALQURAN. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Qur'an

Oleh itu, adapun anak yatim, maka janganlah engkau berlaku  kasar terhadapnya. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
-Surah Adh-Dhuha 93:9-10

Qur'an

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi...
-Surah Al-Hadiid 57:21

Qur'an

(Tetapi kekalnya Al-Qur'an itu) hanyalah sebagai rahmat daripada Tuhanmu; sesungguhnya limpah kurniaNya kepadamu (wahai Muhammad) amatlah besar.
                                                                                                                               -Surah Al-Israa' 17:87

Quran

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan  (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka...
                                                                                                                              -Surah An-Nisaa' 4:34

Wednesday, June 6, 2012

Quran

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan peroleh pahala yang mulia.
-Surah Al Hadid 57:18

Quran

Dan di antara tanda-tanda keagunan Allah, Dia menciptakan untuk kamu, pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu mendapat ketenagan hidup dengannya dan menjadikan cinta, kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
-Surah Ar-Ruum 30:21

Quran

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi dakwat ),dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu,nescaya tidak akan habis
Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
-Surah Luqman 31:27