Monday, June 11, 2012
Syukur ke hadrat Ilahi...Pahala dan rahmat dari Allah Taala untuk yang ramai kawan2 yang membantu k.ct. .. nak update ILMU PERNIAGAAN IT ni ... Subhanallah .. luasnyer ILMU kurniaan Allah .. semlm berchatting ngn CDM emmarajabeautiful .. chatting jgk ngn DDM Shikin Mustafa mrk bg bg idea hebat2 .. pg tadi berchatting dgn BILLIONAIRE jatimas Jutawan .. Pn Zawati Ibrahim .. kawan karib kat saya MMP dlu ... 2006 jumpa ngn beliau... dia bg hadiah pd Ct 'buku JUTAWAN".. masa tu Ct baru berpangkat SSM .. Ct jdkan beliau Idola smpi Skrg. Syukur Allah kurniakan sahabat2 yang Cemerlang di sekeliling Ct ...INGINKAN SESUATU ILMU KE ARAH KEBAIKAN, MOHONLAH PADA ALLAH..PASTI DIA MEMBUKA JALAN SELUAS2NYER..
ASSALAMUALAIKUM..salam pagi..salam ceria..salam keberkatan..lama dah dah update blog..maklum ler cuti sekolah ari tu dok melayan 5 sweetheart round the world...yg pg best aktiviti membina terusan suez di depan umah neneknyer..nanti ct uploadkan pic mrk erk...ni upload pic Aqilah Maisarah n Hani Humairah..shoppingshoppingshopping..tu ler fav mrk berdua....
Friday, June 8, 2012
Qur'an
Oleh itu, adapun anak yatim, maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
-Surah Adh-Dhuha 93:9-10
-Surah Adh-Dhuha 93:9-10
Qur'an
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi...
-Surah Al-Hadiid 57:21
-Surah Al-Hadiid 57:21
Hadis
Rasullah s.a.w. bersabda: Siapa yang Allah kehendaki memperoleh kebaikan, maka Dia akan manjadikan orang itu faham (pandai, mahir, mendalam) dalam perkara Agama (Islam).
-Al-Bukhari dan Muslim
-Al-Bukhari dan Muslim
Hadis
Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah menyukai orang yang peramah dan manis muka.
-Al-Baihaqi dan Al-Syirazi
-Al-Baihaqi dan Al-Syirazi
Qur'an
(Tetapi kekalnya Al-Qur'an itu) hanyalah sebagai rahmat daripada Tuhanmu; sesungguhnya limpah kurniaNya kepadamu (wahai Muhammad) amatlah besar.
-Surah Al-Israa' 17:87
-Surah Al-Israa' 17:87
Hadis
Rasullah s.a.w. bersabda: Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin, diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa henti.
-Muslim
-Muslim
Hadis
Rasullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang meninggal dunia, terputuslah amalannya melainkan daripada tiga sumber, iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya.
-Muslim
-Muslim
Hadis
Rasullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu saling membenci, mendengki dan menyindir; jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.
-Muslim
-Muslim
Quran
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka...
-Surah An-Nisaa' 4:34
-Surah An-Nisaa' 4:34
Hadis
Rasullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwudhu' dengan sempurna, maka keluarlah segala dosa dari tubuhnya, sehingga dari bawah kukunya juga.
-Muslim
-Muslim
Wednesday, June 6, 2012
Quran
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan peroleh pahala yang mulia.
-Surah Al Hadid 57:18
-Surah Al Hadid 57:18
Quran
Dan di antara tanda-tanda keagunan Allah, Dia menciptakan untuk kamu, pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu mendapat ketenagan hidup dengannya dan menjadikan cinta, kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
-Surah Ar-Ruum 30:21
-Surah Ar-Ruum 30:21
Hadis
Rasullah s.a.w bersabda: Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang yang lebih baik daripada memakan makanan hasil usaha tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Daud a.s. makan daripada usaha tangan beliau sendiri.
-Muslim
-Muslim
Hadis
Rasullah s.a.w bersabda: Sesiapa menahan kemarahannya dan dapat melaksannnkannya, nescaya Allah akan memanggilnya di hadapan manusia ramai dan menyuruhnya memilih di antara bidadari yang dikehendakinya.
-Ibnu Abid-Dunya, Abu Daud dan At-Tirmizi
-Ibnu Abid-Dunya, Abu Daud dan At-Tirmizi
Hadis
Rasullah s.a.w bersabda Sembahyang yang lima, begitu pula sembahyang Jumaat ke Jumaat berikutnya, dapat menghapus dosa-dosa yang terjadi antara semuanya, selama tidak dibuat dosa-dosa besar.
-Muslim
-Muslim
Quran
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi dakwat ),dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu,nescaya tidak akan habis
Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
-Surah Luqman 31:27
HADIS
Bahawa seorang lelaki datang menemui Nabi S.A.W berkata "Sesungguhnya saudaraku telah mengalami sakit perut(memulas)". Maka Rasulullah S.A.W bersabda, " Berilah dia minum madu".
Bukhari, Muslim, Tirmizi,Ahmad
Bukhari, Muslim, Tirmizi,Ahmad
Subscribe to:
Posts (Atom)










