Wednesday, August 15, 2012

Pakai Bengkung Sesak Nafas!!!! Hati2 dengan Premium Beautiful



Fakta Fesyen Utusan Malaysia 15hb 0g0s 2003.. Mengesahkan Waist Nipper Premium Beautiful mendapat Pengiktirafan dari 3 Pakar Tulang Antarabangsa..Canada..Quebec.America..

Tuesday, August 14, 2012

*** INTERNATIONAL TEAM ***


*** INTERNATIONAL TEAM **** Genuine Business..Genuine Knowledge with Great Leaders..


Tengok pe tu...mai ler join Club kami..International Team..Millionaire In The Making..


Amboi2 si Gebuz n si Gorgeous


MamaReena Raz * Jehan Jais * Mass Syura..


Melati Mukhtar * Mas Lynda * Sis Rose * Zainab Amin * Shakirah Omar

PREMIUM BEAUTIFUL BAHAYA????



1) Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?
---Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik AKWATEK AKWADYNE semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.


2) Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?
---Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.


3)Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?
---Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin. Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.


4)Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?
---Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.


5)Mengapakah kita perlu memakai brassiere Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?
---Lemak mudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha. Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak akan terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa panjang, lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar , maka kontur badan akan menjadi tidak menarik.


6)Adakah long brassiere harus dipakai bersama dengan long girdle dan waist nipper?
---Long brassiere dan long girdle Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan badan yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan. Bagi waist nipper pula, ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut, meningkatkan kedudukan dada dan menjadikannya lebih berisi serta memperbaiki postur seseorang. Semasa anda memakai pakaian yang ketat, waist nipper diperlukan untuk memenuhi ruang antara brassiere dan long girdle untuk membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya memperbetulkan postur badan. Maka, mereka yang memakai long brassiere, waist nipper dan long girdle pada masa yang sama dapat membentuk kontur badan yang menarik.


7) Long girdle Premium Beautiful sangat ketat dan susah untuk dipakai, apakah cara yang betul untuk memakainya?
---Pertama, anda harus memilih saiz long girdle yang sesuai untuk anda. Untuk memastikan keselesaan anda apabila memakainya untuk jangka masa yang panjang dan membentuk kontur bahagian pinggul, perut dan paha yang cantik. Namun, cara pemakaian long girdle tidak sama dengan cara anda memakai seluar dalam di mana anda terus menariknya. Tindakan ini akan merosakkan fabrik long girdle dan menyebabkan bentuk pinggul berubah.

Monday, July 2, 2012

PAKEJ SLIMMING BAWA MAUT..Innalillahi Wainna Ilaihiraaji'un

PAKEJ SLIMMING BAWA MAUT

Banyak rungutan2 di sekeliling kita, yang melibatkan.....
gemuk vs kurus**
kusam vs gebuz**
jerawat vs mulus**
kedut vs tegang**
sebenarnya situasi sebegini pentingkah dalam kehidupan kita seharian????? ada yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan untuk jaga muka jer..set pencuci, pelembab, lifting eye, lifting pipi, kim siang, krim malam n mcm2 lg ler..ada juga yang sanggup berhabiskan ribuan ringgit ntk pusat "kekurusan" badan. n 'kekeringan" poket..ada yang sanggup berhutang guna credit card..semata2 untuk kecantikaan semata2...betoi ka???????

kak ct juga mengalami situasi berkenaan..segala2 bukan untuk KEPUASAN diri semata2..niat untuk kesihatan dan keyakinan diri, serta ntk menjd contoh terbaik bg anak2 dan family especially..segala produk di pasaran pasti dicuba, tak cuba tak tau kan...pantang ada promosi slimming pasti p servey..akhirnya terpikat gak dgn 2 pusat slimming yg kasi MAUT poket n credit card..dalam tempoh treatment semua ok..breakfast 2 keping roti jer, minum milo 1 cawan..lunch just minum sup n sebiiji epal, dinner sblm kul 8..sup sayur n roti..huhuhuhuhu...hilang nikmat makan...syukur berat bdn turun.. rm  5 angka gak habis...TETAPI setelah abis 10 x treatment........masyaallah triple berat bdn naik...

KINI...dengan membeli Premium Beautiful rm2366.00 sekali seumur hidup dan disiplin pakai setiap hari 8 jam, oleskan bio Ever, dan maharani telan 15 biji sehari...Alhamdulillah dar 98kg turun 79kg lbh kurg 4 bln jer...sampai skrg mantain....Alah membeli menang memakai..anak2 pun puji n bangga dgn penampilan baru ibu mrk..hubby pun ckp skin makin GEBUZ...SYUKUR ALLAH

Thursday, June 21, 2012

ANAK SYUYGA..Muhamad Amsyar Rifqi Amran


Mengandungkan Amsyar, ibu mendapat pekerjaan tetap sbg Pembantu Tadbir di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, PWTC..Seawal 7 bln mengandungkan Amsyar, ibu telah dimasukkan ke dalam Wad Maternity di hospital PPUM kerana kencing berdarah, 3/4 darah dan hanya 1/4 air kencing, pihak doktor membuat macam2 check up ntk mengesahakan apakah punca terjadi demikian..setiap hari ujian darah di buat..tangan dan lengan ibu lebam merata2 kerana terlalu kerap amik darah..Abah lah insan yang setia melawat ibu setiap hari, tiada seorang pun kawan2 ofis dtg melawat, mungkin mrk sibuk dgn tugasan. sepanjang mengandungkan Amsyar, Alhamdulillah ibu sempat khatam Alquran..Doa ibu semoga Amsyar akan jadi   seorang tahfiz bila dewasa kelak. Doktor membenarkan ibu ulang alik setiap minggu, kenderaan kesayangan abah sebuah motosikal tetapi bila menjemput ibu dari Hospital, abah pinjam kereta kawannya untk keselesaan ibu dan amsyar dalam kandungan. dari hospital PPUM ibu dipindahkan ke Hospital Kubang Kerian, Kelantan bagi rawatan susulan dan memudahkan mak+cik+tok mek dan saudara mara melawat ibu, Alhamdulillah pada 17hb Sept 1997 Amsyar selamat dilahirkan..comel dan putih kemerahan kulit Amsyar...selepas selamat melahirkan Amsyar, sekali lagi komplikasi berlaku, ibu di serang demam panas, Alhamdulillah sokongan dari semua Abah, mak, cik, tok mek dan sudara mara yg datang memberi kekuatan dan semangat pada ibu..Doktor dan jururawat yg bertugas amat memahami situasi ibu yg baru bersalin dan di serang demam panas, mrk bergilir2 menjaga dan memberi Amsyar susu..lbh kurang 2 minggu berada di Hospital ibu dan Amsyar dibenarkan kembali ke rumah..Syukur IBU + AMSYAR SIHAT WALAFIAT...


HARI ini 22hb jun 2012..Amsyar dah berusia 15tahun..sudah remaja anak ibu..doa ibu semasa dalam kandungan ingin Amsyar menjadi seorang tahfiz..Alhamdulillah Allah makbulkan..Amsyar dah boleh menjadi IMAM kepada Abah, Ibu dan adik2..Amsyar dah boleh ajar adik2 cara solat , bacaan dalam solat dan Amsyar menjadi contoh yg terbaik kpd adik2..Naqib, Khalif, Hani dan Aqilah...pesanan ibu, bila ibu kembali ke rahmatullah, Amsyar akan imamkan solat jenazah ibu, Amsyar yg akan sama2 mengusung ibu ke kubur dan Amsyar yg akan membawa ibu ke liang lahad, Amsyar juga akan talqinkan ibu, setiap hari sedekahkan ibu Alfatihah. 

Tuesday, June 19, 2012

SURAH2 YG DIAMALKAN NTK MEMBUNUH SEL2 BARAH PAYUDARA



Lapan surah ini diamalkan dan Dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka Boleh minta Suami, ayat, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Salawat 10x Nabi.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah Dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat Minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu / mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

Keutamaan Mengerjakan Solat Dhuha



KEUTAMAAN mengerjakan solat Dhuha

Ianya Amalan berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas Tulang perlu mengeluarkan Sedekah bagi Menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggungjawab daripada jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr Radhiallahu 'Anh, daripada Nabi shallallahu' alaihi wasallam, Baginda bersabda:

يصبح على كل سلامى من أحدكم صدقة فكل تسبيحة صدقة وكل تحميدة صدقة

وكل تهليلة صدقة وكل تكبيرة صدقة وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن المنكر صدقة

ويجزئ من ذلك ركعتان يركعهما من الضحى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota Tubuh salah Seorang di antara tentu mesti dikeluarkanNya sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah Sedekah, setiap bertahmid (Alhamdulillah) adalah Sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah Sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah Sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga Sedekah, dan Melarang kemungkaran juga Sedekah. Dan semua itu Boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Allah Memberikan rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta'ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang Sepanjang siang hari. Daripada Nu'aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa jalla berfirman:

يا ابن آدم لا تعجزني من أربع ركعات في أول نهارك أكفك آخره.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

Mendapat Pahala SEBAGAIMANA mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lepas tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya Matahari maka dia mendapat Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas Radhiallahu 'Anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu' alaihi wasallambersabda:

من صلى الغداة في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس

ثم صلى ركعتين كانت له كأجر حجة وعمرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

تامة تامة تامة.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lepas sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga Matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat Pahala SEBAGAIMANA Pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang Sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu'ah, no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba' yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صلاة الأوابين حين ترمض الفصال.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada jam teriknya Matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

TATACARA PERLAKSANAAN solat Dhuha

Masa mengerjakan Solat Dhuha
Masa untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu Matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah Matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum Matahari Condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum Dimasukkan waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-'Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti':

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu Bab Larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya Bab Larangan jam tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada jam Matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas Radhiallahu 'Anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda:

من صلى الغداة في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس

ثم صلى ركعتين كانت له كأجر حجة وعمرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

تامة تامة تامة.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lepas sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga Matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat ... - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu 'ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

صلاة الأوابين حين ترمض الفصال.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada jam teriknya Matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Bilangan rakaat Solat Dhuha
Bilangan rakaat solat Dhuha pagar minima adalah dua rakaat dan ia Boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang pembicaraan atau menyingkatkan pembicaraan. SEBELUM ini penulis telah memaparkan hadis-hadis yang berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang Menunjukkan ianya juga Boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'Anh bahawasanya Nabi shallallahu' alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab sholat al-Dhuha, no: 273.

أم هانئ فإنها قالت إن النبي صلى الله عليه وسلم دخل بيتها يوم فتح مكة

فاغتسل وصلى ثماني ركعات.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani ', dia berkata: Pada masa Pembebasan kota Makkah, dia Bertemu Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam ketika Baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fatimah memasang tabir untuk Baginda. Lebih lagi Fatimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada Baginda. Setelah itu Baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وعند الطبراني من حديث أبي الدرداء مرفوعا من صلى الضحى ركعتين لم يكتب من الغافلين,

ومن صلى أربعا كتب من التائبين, ومن صلى ستا كفي ذلك اليوم,

ومن صلى ثمانيا كتب من العابدين, ومن صلى ثنتي عشرة بنى 'له بيتا melalui الجنة

Maksudnya:
Dalam 'secara marfu' riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak Ditulis bergantung kepada keputusan sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka Ditulis bergantung kepada keputusan sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka Ditulis bergantung kepada keputusan dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di Syurga. - Rujuk Fathul Baari, Jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan Sukan para ulama hadis. Musa bin Ya'qub al-Zami'i yang terdapat dalam Sanad hadis ini telah didha'ifkan oleh Ibnu al-Madini Namun undian tsiqah pula oleh Ibnu Ma'in dan Ibnu Hibban. Berkata al-Hafidz sendiri Sanad hadis ini Lemah Namun diperkuatkan oleh hadis Abu dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga Lemah dan apa yang lebih Tepat hadis ini dha'if. Wallahu'alam.

Berkaitan Dengan dalil yang Menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang pembicaraan atau menyingkatkan pembicaraan adalah:

معاذة أنها سألت عائشة رضي الله عنها:

كم كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي صلاة الضحى?

قالت: أربع ركعات ويزيد ما شاء.

Maksudnya:
Daripada Mu'adzah, dia berkata: Aku menanyakan kepada 'Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu Baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

Tatacara mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) sujud
9) duduk sentiasa antara dua sujud
10) sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Jadi seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) duduk sentiasa untuk tahiyyat akhir
3) Memberikan salam ke Kanan dan ke kiri

Monday, June 11, 2012

Syukur Alhamdulillah rizqi anak2...my page "Beautiful Grooming 2Be Model sedang diupdatekan..TQ frenz yg support dan LIKE my page setakat hari ni dah mencecah 100 LIKED..ok ler tu sebagai permulaan..ayat semangat dari seorang frenz yg dah terbukti berjaya dan success dlm biz on9.."Hebat nya level minat CDM, CDM sngt berjaya Internet pas ni popular..thaks"


Syukur ke hadrat Ilahi...Pahala dan rahmat dari Allah Taala untuk yang ramai kawan2 yang membantu k.ct. .. nak update ILMU PERNIAGAAN IT ni ... Subhanallah .. luasnyer ILMU kurniaan Allah .. semlm berchatting ngn CDM emmarajabeautiful .. chatting jgk ngn DDM Shikin Mustafa mrk bg bg idea hebat2 .. pg tadi berchatting dgn BILLIONAIRE jatimas Jutawan .. Pn Zawati Ibrahim .. kawan karib kat saya MMP dlu ... 2006 jumpa ngn beliau... dia bg hadiah pd Ct 'buku JUTAWAN".. masa tu Ct baru berpangkat SSM .. Ct jdkan beliau Idola smpi Skrg. Syukur Allah kurniakan sahabat2 yang Cemerlang di sekeliling Ct ...INGINKAN SESUATU ILMU KE ARAH KEBAIKAN, MOHONLAH PADA ALLAH..PASTI DIA MEMBUKA JALAN SELUAS2NYER..
Baby Qyla suka sangat2 melukis..mewarna..membaca..my be coz dia selalu tgk abg n kakak nyer  kot..
seawal usianyer 3 thn dah blh melukis org lidi tu..skrg tgh gilapkan lg bakatnyer..seharian keja nyer 3M tu ler..nnti k.cy upload lg pic2 yg di lukis oleh Baby Qyla yer..





ASSALAMUALAIKUM..salam pagi..salam ceria..salam keberkatan..lama dah dah update blog..maklum ler cuti sekolah ari tu dok melayan 5 sweetheart round the world...yg pg best aktiviti membina terusan suez di depan umah neneknyer..nanti ct uploadkan pic mrk erk...ni upload pic Aqilah Maisarah n Hani Humairah..shoppingshoppingshopping..tu ler fav mrk berdua....





Friday, June 8, 2012

Qur'an

Oleh itu, adapun anak yatim, maka janganlah engkau berlaku  kasar terhadapnya. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
-Surah Adh-Dhuha 93:9-10

Qur'an

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi...
-Surah Al-Hadiid 57:21

Hadis

Rasullah s.a.w. bersabda: Siapa yang Allah kehendaki memperoleh kebaikan, maka Dia akan manjadikan orang itu faham (pandai, mahir, mendalam) dalam perkara Agama (Islam).
                                                                                                                 -Al-Bukhari dan Muslim

Hadis

Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah menyukai orang yang peramah dan manis muka.
                                                                                                               -Al-Baihaqi dan Al-Syirazi

Qur'an

(Tetapi kekalnya Al-Qur'an itu) hanyalah sebagai rahmat daripada Tuhanmu; sesungguhnya limpah kurniaNya kepadamu (wahai Muhammad) amatlah besar.
                                                                                                                               -Surah Al-Israa' 17:87

Hadis

Rasullah s.a.w. bersabda: Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin, diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa  tanpa henti.
                                                                                                                                      -Muslim

Hadis

Rasullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang meninggal dunia, terputuslah amalannya melainkan daripada tiga sumber, iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya.
                                                                                                                                             
                                                                                                                                                -Muslim

Hadis

Rasullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu saling membenci, mendengki dan menyindir; jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.
                                                                                                                                           -Muslim