Friday, April 13, 2012

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH..

Ketinggian martabat insan di sisi Allah SWT dinilai bukan daripada pangkat atau kedudukan, kebangsawanan atau darjat keturunan,kemewahan atau harta benda malahan bukan daripada warna kulit dan paras rupa. Nilai sebenar kewujudan insan yang dilantik sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, dirangkumkan dalam satu kalimah yang mudah sebutannya sebagai takwa seperti mana yang dinyatakan ole Allah SWT menerusi firman-Nya: Maksudnya: Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sengguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Bertitik tolak daripada ayat ini, sebagai hamba Allah kita seharusnya berusaha untuk mengabdikan jiwa raga terhadap keesaan-Nya, melaksanakan amalan soleh dan kebajikan setiap ketika serta menjauhi segala larangan-Nya. Dalam erti kata yang lain, seorang Muslim yang beriman seharusnya mendidik diri, keluarga dan masyarakat serta memenuhi tunutan ibadah. Proses pendidikan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya seseorang Muslim itu tidak mempunyai ilmu atau memahami perkara-perkara asas dalam islam. HAMBA ALLAH YANG BERTAKWA Perkara-perkara asas ini merangkumi kehidupan manusia bermula dari kelahiran sehinggalah mereka kembali kepada Allah SWT. Di samping itu juga, ilmu pengetahuan mengenai perkara-perkara asas ini(fardu ain)adalah pentimg dalam membentuk diri kita menjadi hamba Allah yang bertakwa.

No comments:

Post a Comment