Mengandungkan Amsyar, ibu mendapat pekerjaan tetap sbg Pembantu Tadbir di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, PWTC..Seawal 7 bln mengandungkan Amsyar, ibu telah dimasukkan ke dalam Wad Maternity di hospital PPUM kerana kencing berdarah, 3/4 darah dan hanya 1/4 air kencing, pihak doktor membuat macam2 check up ntk mengesahakan apakah punca terjadi demikian..setiap hari ujian darah di buat..tangan dan lengan ibu lebam merata2 kerana terlalu kerap amik darah..Abah lah insan yang setia melawat ibu setiap hari, tiada seorang pun kawan2 ofis dtg melawat, mungkin mrk sibuk dgn tugasan. sepanjang mengandungkan Amsyar, Alhamdulillah ibu sempat khatam Alquran..Doa ibu semoga Amsyar akan jadi seorang tahfiz bila dewasa kelak. Doktor membenarkan ibu ulang alik setiap minggu, kenderaan kesayangan abah sebuah motosikal tetapi bila menjemput ibu dari Hospital, abah pinjam kereta kawannya untk keselesaan ibu dan amsyar dalam kandungan. dari hospital PPUM ibu dipindahkan ke Hospital Kubang Kerian, Kelantan bagi rawatan susulan dan memudahkan mak+cik+tok mek dan saudara mara melawat ibu, Alhamdulillah pada 17hb Sept 1997 Amsyar selamat dilahirkan..comel dan putih kemerahan kulit Amsyar...selepas selamat melahirkan Amsyar, sekali lagi komplikasi berlaku, ibu di serang demam panas, Alhamdulillah sokongan dari semua Abah, mak, cik, tok mek dan sudara mara yg datang memberi kekuatan dan semangat pada ibu..Doktor dan jururawat yg bertugas amat memahami situasi ibu yg baru bersalin dan di serang demam panas, mrk bergilir2 menjaga dan memberi Amsyar susu..lbh kurang 2 minggu berada di Hospital ibu dan Amsyar dibenarkan kembali ke rumah..Syukur IBU + AMSYAR SIHAT WALAFIAT...
HARI ini 22hb jun 2012..Amsyar dah berusia 15tahun..sudah remaja anak ibu..doa ibu semasa dalam kandungan ingin Amsyar menjadi seorang tahfiz..Alhamdulillah Allah makbulkan..Amsyar dah boleh menjadi IMAM kepada Abah, Ibu dan adik2..Amsyar dah boleh ajar adik2 cara solat , bacaan dalam solat dan Amsyar menjadi contoh yg terbaik kpd adik2..Naqib, Khalif, Hani dan Aqilah...pesanan ibu, bila ibu kembali ke rahmatullah, Amsyar akan imamkan solat jenazah ibu, Amsyar yg akan sama2 mengusung ibu ke kubur dan Amsyar yg akan membawa ibu ke liang lahad, Amsyar juga akan talqinkan ibu, setiap hari sedekahkan ibu Alfatihah.