RUMAHKU SYURGAKU
Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan Suami Isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kepunyaan Allahlah Kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki.
Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya manusia itu menyaksikan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. "
Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil Berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin Perhubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang Taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah Watak anak Salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.
Islam adalah agama yang Sempurna. Islam telah mengajar seluruh Aspek Kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu Bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar Memilih wanita yang salihah...
ANAK2 SYURGA..IBU ABAH.. SAAAAAAYANG KALIAN SEMUA..
Khalif RizQi...Amsyar RifQi..Amzar NaQib
Hani Humairah..AQilah Maisarah
No comments:
Post a Comment