Tuesday, October 23, 2012

~ Sakit Tanda Sayang ~

 
"Tetaplah (amalkanlah) kamu dengan habbatus sauda (Nigella Sativa) kerana di dalam terdapat penyembuh bagi segala penyakit kecuali maut". Hadith di atas membawa maksud setiap penyakit boleh dirawat sehingga sembuh, tak kiralah samada ianya HIV, kanser, H1N1 atau apa-apa jenis penyakit sekalipun.
Mereka yang berpendapat bahawa penyakit kanser tidak ada penawar sebenarnya tidak berpegang kepada konsep perubatan Islam. Orang-orang yang sebegini akan mudah berputus asa, menyebabkan syaitan-syaitan dengan mudah dapat menguasai mereka. Kehadiran syaitan di dalam tubuh badan mereka akan menyebabkan penyakit mereka akan menjadi bertambah parah. Mengikut perundangan Islam apabila ubat-ubatan yang digunakan adalah tidak halal atau halal tetapi tidak baik (syubhah). Ubat-ubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan seperti dadah tidak mendapat tempat dalam rawatan Islam. Ia boleh digunakan untuk jangka masa pendek atau dalam keadaan darurat sahaja. Ciri-ciri rawatan perubatan Islam adalah:
a)      Merawat penyakit menggunakan Al-Quran dan Doa (Ruqayyah). Perubatan berkonsepkan Islam menjadi lebih nyata dan ketara apabila si perawat menggunakan Al-Quran dan doa-doa yang diwariskan oleh nabi Muhammad (s.a.w) di dalam rawatannya. Sebenarnya penggunaan ayat-ayat Al-Quran di dalam merawat pesakit ada disarankan di dalam Al-Quran seperti maksud ayat ini: "Dan kami turunkan sebahagian dari Al-Quran (ayat-ayat) sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Isra 18)"
b)      Mengakui penyakit dan kesembuhan adalah datangnya dari Tuhan maha pencipta. Sebagaimana maksud hadis:Tidaklah diturunkan oleh Allah Ta’ala sesuatu penyakit kecuali diturunkan olehnya ubat” Penyakit datangnya dari Allah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan kepada kita dengan jelas bahawa Dia menguji keimanan Nabi Ayub dengan mendatangkan satu penyakit kulit yang ganjil untuk menguji keimanan beliau. Mengikut sesetengah tafsir, Iblis laknatullah mencabar Allah (s.w.t) untuk menguji keimanan Nabi Ayub dengan kesengsaraan kerana pada pandangan Iblis, Nabi Ayub beriman kerana dia telah dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak. Iblis berhujah sekiranya Allah menjadikannya miskin dan sakit, nescaya Nabi Ayub akan marah dan kufur kepada Allah (s.w.t). Ternyata dakwaan Iblis melesit sama sekali. Keimanan Nabi Ayub menjadi semakin hebat dengan ujian tersebut. Di dalam Al Quran Allah ada berfirman "Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan". Ini adalah dalil yang cukup kuat menunjukkan bahawa Allahlah yang menyembuhkan segala penyakit. Rawatan dan ubat-ubatan yang kita ambil hanyalah sebagai ikhtiar secara zahir yang dituntut oleh Allah untuk kita lakukan. Namun hakikatnya, Allah jualah yang menyembuhkan penyakit kita.

~ Hari2 kna Saman warga Putrajaya ~


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikuatkuasakan bermula 23 September lalu, telus dan tidak dimanipulasi seperti dakwaan segelintir pihak. Timbalan Pengarah Penguatkuasa JPJ, Ahmad Nasir Abdul Gani berkata, segala imej dan data dirakam AES tidak boleh dipadam atau diubah suai. Bercakap kepada media di Pusat Kawalan Operasi bagi Zon A, Ahmad Nasir berkata, imej kenderaan yang melanggar had laju ditetapkan atau melanggar lampu isyarat merah akan dirakam dan seterusnya dihantar ke pusat kawalan....

~ Hobi Oh Hobi ~


Hari ini saya inign berkongsi sedikit tentang pentingnya kita dalam satu-satu masa memperuntukkan waktu untuk melakukan apa yang kita suka. Contoh kalau saya sendiri akan mengambil masa yang terluang untuk menanam pokok bunga, mengemas dan menyusun atur rumah, memasak dll. Ada juga orang yang mungkin minat membaca novel, minat untuk bersukan dll maka apabila aktiviti yang menjadi minat ini tidak kita beri perhatian langsung maka ada masanya kita akan hilang mood. Mood yang baik akan kita peroleh apabila sekali-sekala kita memberi masa dan ruang untuk bebruat apa yang kita suka atau minat. Seorang sahabat saya suka panjat gunug, katanya bila berada di puncak beliau menemukan satu kepuasan dan merasa begitu hampir dengan Allah kerana kagum dengan ciptaaNya. Ada juga yang minat melancong maka mereka ini memilih untuk melancong ke mana-mana destinasi yang sesuai....

Apaka hobi anda ??????