"Tetaplah
(amalkanlah) kamu dengan habbatus sauda (Nigella Sativa) kerana di dalam
terdapat penyembuh bagi segala penyakit kecuali maut". Hadith di
atas membawa maksud setiap penyakit boleh dirawat sehingga sembuh, tak kiralah
samada ianya HIV, kanser, H1N1 atau apa-apa jenis penyakit sekalipun.
Mereka yang berpendapat bahawa penyakit
kanser tidak ada penawar sebenarnya tidak berpegang kepada konsep perubatan
Islam. Orang-orang yang sebegini akan mudah berputus asa, menyebabkan
syaitan-syaitan dengan mudah dapat menguasai mereka. Kehadiran syaitan di dalam
tubuh badan mereka akan menyebabkan penyakit mereka akan menjadi bertambah
parah. Mengikut perundangan Islam apabila ubat-ubatan yang digunakan adalah
tidak halal atau halal tetapi tidak baik (syubhah). Ubat-ubatan yang boleh
mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan seperti dadah tidak mendapat tempat
dalam rawatan Islam. Ia
boleh digunakan untuk jangka masa pendek atau dalam keadaan darurat sahaja.
Ciri-ciri rawatan perubatan Islam adalah:
a)
Merawat
penyakit menggunakan Al-Quran dan Doa (Ruqayyah). Perubatan berkonsepkan Islam
menjadi lebih nyata dan ketara apabila si perawat menggunakan Al-Quran dan
doa-doa yang diwariskan oleh nabi Muhammad (s.a.w) di dalam rawatannya.
Sebenarnya penggunaan ayat-ayat Al-Quran di dalam merawat pesakit ada
disarankan di dalam Al-Quran seperti maksud ayat ini: "Dan kami turunkan
sebahagian dari Al-Quran (ayat-ayat) sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat
bagi orang-orang yang beriman. (Isra 18)"
b)
Mengakui
penyakit dan kesembuhan adalah datangnya dari Tuhan maha pencipta. Sebagaimana
maksud hadis: “Tidaklah diturunkan oleh Allah Ta’ala sesuatu
penyakit kecuali diturunkan olehnya ubat” Penyakit datangnya dari Allah untuk menguji keimanan
hamba-hambanya. Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan kepada kita dengan jelas
bahawa Dia menguji keimanan Nabi Ayub dengan mendatangkan satu penyakit kulit
yang ganjil untuk menguji keimanan beliau. Mengikut sesetengah tafsir, Iblis
laknatullah mencabar Allah (s.w.t) untuk menguji keimanan Nabi Ayub dengan
kesengsaraan kerana pada pandangan Iblis, Nabi Ayub beriman kerana dia telah
dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak. Iblis
berhujah sekiranya Allah menjadikannya miskin dan sakit, nescaya Nabi Ayub akan
marah dan kufur kepada Allah (s.w.t). Ternyata dakwaan Iblis melesit sama
sekali. Keimanan Nabi Ayub menjadi semakin hebat dengan ujian tersebut. Di dalam
Al Quran Allah ada berfirman "Apabila aku sakit, Allah yang
menyembuhkan". Ini adalah dalil yang cukup kuat menunjukkan bahawa
Allahlah yang menyembuhkan segala penyakit. Rawatan dan ubat-ubatan yang kita
ambil hanyalah sebagai ikhtiar secara zahir yang dituntut oleh Allah untuk kita
lakukan. Namun hakikatnya, Allah jualah yang menyembuhkan penyakit kita.
No comments:
Post a Comment