Sunday, April 29, 2012

KURUS TANPA UBAT...



1. Jangan berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 gelas air sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minum minuman bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepadacebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.



12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.
Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan??

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik

Anggur ker Kurma nih....



Tip-tip untuk semua

KURMA BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Dipercayai kurma berasal dari kawasan Teluk Parsi atau Mesopotamia. Namun kini kurma telah dikelaskan sebagai salah satu tanaman standard dalam pertanian dunia dan telah banyak ditanam di Arab Saudi, Mesir, Iran, Irag, Sepanyol.

Terdapat lebih daripada 600 jenis kultivar kurma. Setiap negara mempunyai kurma pilihan masing-masing. Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyukai Khalas, namun jenis Zaghloul, Khuneizi, Hilali, Howaiz, Naghal dan Jaberi Fardh mempunyai pengikut masing-masing. Buah ini mempunyai pelbagai warna, rasa, kemanisan, keasidan dan tekstur.

Jenis popular yang diimport, selalunya dari Maghribi adalah Majool. Iraq menggemari jenis seperti Amir Hajj dan Ashrashi, Mesir pula menyukai Saidy dan Hayany. Manakala Algeria pula amat gemar dengan jenis Deglet Noor dan Thoory. Negara Oman pula menggemari Ruzeiz, Bukeria, Nebut, Seif dan Barhi.

Nilai pemakanan
Kurma mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini membekalkan gula asli di dalam bentuk glukosa dan fruktosa. Gula ini yang lebih baik daripada gula tebu.
Kurma kering umumnya mengandungi;
60% zat gula,
2.5% zat minyak dan
33% garam.
Kurma juga mengandungi protein dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan C, termasuk zat besi, kapur, fosforus, belerang, kalium, magnesium, kalsium, mangaan dan tembaga. Kurma juga merupakan jenis makanan berserat tinggi.

Kurma ini selalunya dimakan dalam bentuk mentah atau bersama susu. Di Sahara, orang kaya memakan buah ini bersama mentega dengan cara membuang biji dan sapukan bahagian dalam dengan mentega. Ini adalah cara saintifik untuk mengeluarkan lemak.
Selain itu, kurma juga dimakan dalam pelbagai cara. Biji kurma dipanggang dan ditumbuk menjadi serbuk kopi yang dipanggil kopi kurma. Kurma juga boleh dijadikan jus.

Kegunaan dan kebaikan
Kurma amat bernilai sebagai ubat berikutan kesan tonik yang terdapat di dalamnya. Mudah dihadamkan, kurma amat penting untuk memberi tenaga dan membaiki bahan buang. Susu yang diperoleh dari kurma yang direbus adalah sungguh berkhasiat dan menjadi minuman pada kanak-kanak dan orang dewasa, terutamanya ketika proses pemulihan sakit.

Kurma adalah makanan pencuci perut (julat). Ia berkhasiat tinggi dalam rawatan sembelit di mana bahan-bahan kasar yang diperoleh daripadanya merangsang pergerakan usus yang perlahan. Buah ini hendaklah direndamkan di dalam air pada waktu malam dan dimakan selepas dijadikan sirap pada keesokan harinya. Ini bagi memastikan keberkesanan kesan julap yang terdapat di dalamnya.

Kurma juga adalah ramuan terbaik bagi jantung yang lemah. Buah yang telah direndam di dalam air semalaman dan dihancurkan di dalam air yang sama pada waktu pagi selepas dibuang biji, hendaklah diambil sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ramuan ini dikatakan mampu menguatkan jantung.

Kurma juga mempunyai kebaikan yang tinggi dalam rawatan kelemahan seks. Menurut Dr. Aman, di dalam buku Medicinal Secret of Your Food, segenggam kurma yang telah direndam di dalam susu kambing segar semalaman haruslah dikisar di dalam susu itu pada keesokan harinya. Secubit serbuk buah pelaga dan madu harus ditambah di dalam sediaan ini. Dikatakan ramuan ini mampu menjadi tonik yang dapat meningkatkan stamina seks dan kemandulan berkaitan dengan penyakit kurang berfungsi.

Menurut Dr. Aman lagi, sebiji kurma yang diikat di pergelangan tangan bayi dan membiarkan buah tersebut dihisap olehnya ketika waktu tumbuh gigi juga dalam mengeraskan gusi dan menghalang sebarang masalah seperti kegelisahan dan cirit birit dan disenteri semasa tumbuh gigi. Ramuan ini harus diberi tiga kali sehari.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.

===============================

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.

Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.



Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.
Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
- Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

===============================
Khasiat Buah Kurma

1. Kesihatan

A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.
Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

C. Membunuh Kuman Dalam Badan.
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

2. Kecerdasan Dan Kecergasan

A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.
Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

B. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26: “Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. Keperibadian.

Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.
“Melentur buluh biar dari rebungnya”. Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. Keberkatan

A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;
“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.

B. Makanan Yang Paling Sempurna.
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.

Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi “Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian”.

18sx jer boleh baca ni.....



Tip-tip untuk semua

Berikut adalah pesanan-pesanan yang berguna buat wanita sebagai isteri, yang berkaitan dengan hal bersulit-sulit dengan suaminya. Ianya dikumpulkan dari punca lisan dan pembacaan.
Juga tip-tip yg berguna untuk di amalkan oleh oranng lelaki

1. Bertenang Ketika Memulakan Jima
Apabila suami mahu menusukkan zakarnya kedalam faraj isteri, bertenanglah dan sama-samalah dengan suami membaca Bismillah.Ketenangan ini penting bagi penghayatan rasa, dan InsyaAllah isteri akan merasa lebih nikmat dan mudah mencapai kepuasan.Rasulullah s. a. w. sendiri berpesan kepada isteri-isterinya agar bertenang ketika itu. Menurut riwayat Al-Khatib danUmmu Salmah, Rasulullah menutup kepalanya, dan membisikkan kepada isterinya 'engkau layari dengan tenang'.


2. Menghisap Lidah Tanda Menyerah Sepenuhnya
Dari riwayat Abu Daud: Sesungguhnya Rasulullah s. a. w. ada mencium Siti Aisyah serta menghisap lisannya (lidahnya). Bukan saja menghisap lidah itu sunat dilakukan ketika berlangsungnya jimak kerana mengikut cara Rasulullah s. a. w., ia juga akan membantu suami agar tahan jimak dan menghebatkan kenikmatan pada wanita kerana bersatunya nafas, kenikmatan yang dirasa itu berganda hebatnya berbanding jika tidak dilakukan hisapan lidah, malah ia juga adalah tanda bahawa isteri menyerahkan jiwanya dan raganya untuk dijima oleh suaminya. Untuk melakukan ini eloklah isteri menjaga kebersihan mulutnya, begitu jugalah bagi pihak suami.

3. Paling Selesa Berada Di Bawah
Posisi jimak yang terbaik ialah suami berada di atas isteri dalam keadaan terlangkup sedang isteri pula terlentang di bawah suami bagaikan hamparan. Sebuah hadis ada menyebut ertinya: "Anak itu milik yang menjadi hamparan (wanita)". Posisi inilah yang paling merehatkan isteri, dan membolehkan isteri menumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan. Sekiranya alat kelamin suami itu besar pun, posisi inilah yang terbaik bagi menampungnya, kerana peha boleh dihamparkan selebar mungkin.

4. Seburuk-buruk Kedudukan Berjima
Posisi jima yang dianggap paling buruk dari segi kesihatan ialah keadaan dimana isteri berada di atas suami sementara suaminya pula baring terlentang. Dengan posisi ini suami akan memasukkan zakarnya dari arah punggung isterinya. Dan segi kesihatan ini dianggap bahaya kerana mani tidak boleh keluar habis dan boleh menyebabkan kerosakan alat kelamin dan boleh mengakibatkan suami mati pucuk.

5. Cara Mendapat Anak
Ada petua yang mengatakan bahawa untuk membolehkan isteri mudah hamil, sebelum jima perlulah digeletek dahulu (dirangsang) purananya (kelentit). Dari sudut seksologi moden, perkara ini dianggap karut dan tiada kena mengena dengan kehamilan. Penulis juga bersetuju dengan pendapat moden ini, dan berpendapat bahawa rangsangan purana itu lebih bermakna sekiranya suami mahu membangkitkan keghairahan yang tinggi pada isterinya dan salah satu dari jalan memuaskan isteri, dan dari segi anak, cara itu lebih memungkinkan isteri mendapat anak lelaki.

6. Jima Yang Puas Mengawet Wajah
Menurut Mantak Chia dalam Taoist Secnets of Healing, banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda. Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi. Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah impaknya melambatkan proses menjadi tua. Jika diperhatikan, wanita yang berkahwin adalah lebih berseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Pada pendapat penulis, inilah tanda bahawa wanita-wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, dan jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.

7. Mengemut Ketika Buang Air Kecil
Bila buang air kecil, kemutkan faraj agar air kencing tertahan, kemudian lepaskan, ulangi 10 kali sekurang-kurangnya dengan pantas.Dalam masa yang sama, tarik otot-otot perut. Ini menolong mengawal pundi-pundi kencing yang lemah, menguatkan otot-otot kemaluan dan mempertingkatkan tenaga jima.

8. Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj
Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan saja kurang kemungkinan diserang barah buah dada dan barah rahim, tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya, otot faraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan.

Berbagai Petua Menjaga Prestasi Seks Anda

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

• Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas.

• Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

• Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.

• Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

• Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'.

• Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian barulah minum air.

• Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.

• Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

• Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

• Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

• Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering.

• Buang air kecil dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik
.
• Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

• Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

• Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

• Jangan jima' di dalam air.

• Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15 minit.

• Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

• Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

• Jangan jima' isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.

• Jangan cungkil gigi dengan semuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

TIMUN BERASID...nahas ler



Tip-tip untuk semua

Timun sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia tergolong dalam kumpulan yang sama dengan labu. Luaran timun berwarna hijau agak gelap, manakala sebaik dihiris, isi putih kehijauan terserlah.

Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Malah ketika cuaca panas, sayuran itu amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk menusia.

Nutrisi Timun

Nilai nutrisi bagi setiap 100 gram timun yang belum dikupas :

* Karbohidrat - 3.63 gm
* Gula - 1.67 gm
* Serat - 0.5 gm
* Lemak - 0.11 gm
* Protein - 0.65 gm
* Thiamin (Vitamin B1) - 0.027 mg
* Riboflavin (Vitamin B2) - 0.033 mg
* Niacin (Vitamin B3) - 0.098 mg
* Asid Pantotenik Acid (Vitamin B5) - 0.259 mg
* Vitamin B6 - 0.040 mg
* Folat (Vitamin B9) - 7 μg
* Vitamin C - 2.8 mg
* Kalsium - 16 mg
* Besi - 0.28 mg
* Magnesium - 13 mg
* Fosforus - 24 mg
* Potasium - 147 mg
* Zink - 0.20 mg




Kegunaan

# Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.

# Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat dalam timun menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.

# Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.

# Hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.

# Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan juga gout.

# Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.

# Potasium di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.

# Timun mengandungi erepsin - enzim yang membantu menghadamkan protein.

# Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut, terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kobis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik dalam badan.

# Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.

JAHATNYER anak...



Ibu bapa adalah faktor terbesar dalam menentukan KHAS Anak2 arah.

berikut beberapa tips dari Robert D. Ramsey kita boleh membuat panduan dalam menjadikan kami salah satu KHAS Anak2 tertunggak daripada rakan-rakan ..

selamat mencuba!

1. Mulakan hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik - apabila anak-anak kita tidak dipanggil dengan nama nama yang baik, atau bagus, tetapi bagi pulak saya melakukan gelaran buruk, ia akan menyebabkan kanak-kanak untuk menjadi pemalu dan merendah diri. Pulak lebih-lebih lagi jika panggilan pada nama tidak baik saya mak sendri bapa. Ia malu lagi, betul? Dalam Islam, ia sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk KHAS Anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak mengguna pakai setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ saya yang lebih besar daripada kanak-kanak yang jarang diguna pakai. Apabila kita memeluknya setiap hari esp seorg ibu, anak-anak kita tahu bahawa kita mengasihi dia. Beliau tahu bahawa kami akan menjadi penyokong kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia dijaga.

 3. Lihatlah kasih sayang anak anda pandangan - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran. Sesungguhnya ia adalah masa yang marah, tetapi kita perlu bagi muka marah takut sehingga saya menutup kawan-kawan dengan kami secara langsung. Posted budak.Namanya walaupun anakku ...

4. Memberi pengukuhan setiap kali anak anda lakukan adalah betul - Beri pujian, lengan, ciuman, hadiah, atau sekurang-kurangnya senyuman untuk semua baik ia. Apabila setiap kali kami menghargai dia, dia akan fikir saya melakukannya sekali lagi dan membuat semua yang lebih baik. Motivasi nama la ...

 5. Jangan mengharapkan anak anda untuk melakukan kebaikan yang berterusan tidak matang - anak tunggal mereka berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami segala-galanya, termasuk melakukan kesilapan. Mereka akan belajar lebih banyak dari kesilapan yang mereka buat.

 6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Jika anda mempunyai sebarang masalah marilah kita menyelesaikan masalah keluarga sebelumnya. Kerana, saya akan lebih aman jika takde masalah keluarga. KHAS Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka masih membesar dan proses ini akan terus dan saya akan kembali jadi sila tidak menajiskan individualiti mereka dengan mementingkan diri kita.

 7. Membesarkan dan mendidik anak-anak, adakah anda / anda mengadu - aduan akan membuat anak-anak merasakan bahawa mereka memuatkan. Ini akan membawa mereka jauh dari kami. Jika kita tidak mahu sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Mendengar cerita anak anda - cerita tidak akan mendapatkan anda didengar sekali lagi dalam masa terdekat. Menunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Merawat kanak-kanak benar-benar menikmati bercakap. Abang saya adalah dalam kategori kanak-kanak lelaki, melayan sekali-sekala apabila dia bercakap perasaan lucu mcm. Saya penah bertemu dengan kawan baru anak saya umur 3 yrs tetapi tidak buruk mulut, rasa Posted je logik tetapi tidak menyeronokkan. Ala, mcm budak Aznil mungkin akan bertanya, Tiger Woods datang dari mana, ... budak pastu mula menjawab Zoo ... kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.


9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - mereka akan masa2nya berputus asa. Buat beberapa ketika mungkin ditekan antara dua jari di bertentangan dengan kawan-kawan. Saya mempunyai masa mungkin dia jiran tercederakan. Jadi, kami membantu yang terbaik supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah bagi kami tetapi saya mungkin bg masalah kecik mega yang ditekan di antara dua jari.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana untuk menenangkan diri anda. Mereka akan menirunya. Posted panik kita sendiri apabila terdapat menimpa.Jgn kita menunjukkan bahawa kita amat sedih. Menjadi dingin! Setiap masalah adalah bahawa Tuhan telah ditakdirkan untuk kita ada penyelesaian. Jadi, Posted gabra2.

11. Membuat beberapa persiapan untuk meraikan kanak-kanak hari jadi. Menyediakan hadiah harijadi yang unik walaupun harga yang rendah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. KHAS Anak2 saya menghargai dtg alam sekitar akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali dalam seorang budak setgh kene ade masa pengajaran byk, bagaimanapun, beliau memahami. Posted Anmum Wardina .. Saya mempunyai tiada iklan menunjukkan kanak-kanak masa byk baru dia faham. Anak saya sendiri dalam pertunjukan hari ntah berapa kali dia memberitahu saya mata saya, dia berkata, mata, telinga memberitahu menunjukkan saya panggil linear. Posted sbb marah marah jika ia akan menghentikan proses pembelajaran.

13. Meluangkan masa bersama anak anda di luar tangan kanak-kanak rumah-ditahan apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami dan isteri. Apabila saya membaca saya, saya rasa saya tidak salah ia selalu membawa KHAS Anak2 tangan walaupun di rumah. Apabila saya meminta dia untuk bangun je, Lent tangan saya. Walaupun saya boleh mencampurkan kedapur susu yang ditekan di antara dua jari. Jika di luar saya sah2 Posted sbb memegang jenis perut saya takut kanak-kanak serat tengah hari terlari jalan ke ...

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. mimpi yang sangat sebenar di dunia mereka - menjadi pendengar setia mereka. Jika pasangan kita walaupun bermimpi mengapa kita dengar. Hape terbaik dengar cerita dari mimpi. Skrip drama yang diposkan, tetapi takde, takde pengarah, dan takde siaran ulang tayang.

15. Menghargai permainan kegemaran anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kegemaran anda. Elakkan daripada membuang perkara kegemaran mereka walaupun ia telah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Jangan biarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman malam yang baik, membiasakan diri untuk mengajar dia salam kita sebelum tidur. Ibu mencium dahinya ditekan di antara dua jari esp .. Posted cerita omputeh sentiasa hak yang dia gi bilik tidur anak n balut ditekan antara dua jari.

17. Menerima bahawa kadang-kadang anda tidak merupakan ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan keibubapaan. Berkata kanak-kanak miskin mempunyai masa .. Saya garangla saya sbnrnya beliau mengkritik so, ubahla. Jangan terlalu kesempurnaan dalam KHAS Anak2. nnt rendah diri mereka.


18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.Dan mereka akan berasa kurang cinta dan kasih sayang apabila kita menghadapi sesuatu yang lain. Jika KHAS Anak2 sekolah saya, untuk membantu mereka mendapatkan digunakan untuk menyiapkan kerja rumah, atau bg kita sendiri setiap hari latihan dan perati peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari guru saya dia mengajar.

19. Kanak-kanak menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadang-kadang hanya untuk kesan bunyi sahaja - Dengar kepada mereka, bagaimanapun, dua puluh tahun dari sekarang anda juga akan menangis apabila rumah mula berasa kesunyian. Anak-anak anda mula sibuk mendengar anak-anak mereka menangis .. seram sendiri.Hoo. tetapi mendapat. Membuat sesuatu yang mereka tidak jauh dari kami. Saya berharap kita tidak tenang pada hari ibu bapa kita.

20. Kanak-kanak juga mempunyai perasaan seperti anda - menghargai perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami bagaimana kita merasa Apa pun, saya berharap semua bacaan saya akan mendapat manfaat. Sama2 la KHAS Anak2 kita berdoa bahawa mata penyejuk dalam kehidupan dan hati kita sebagai penenang di dunia dan akhirat kemudian ke.

GREEN APPLE beracun..



Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.
* Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.



Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:

- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah:

- Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Suka digunakan @ tak guna...


MENTAL  yang POSITIVE  akan menghasilkan ATTITUDE yang hebat...


BERKAWAN dengan orang yang positif..berusaha mencari ILMU yang POSITIVE..jauhkan diri dari segala situasi yang negatif, bercakap pasal yang negatif, berchatting hal-hal negatif...buang masa jer..


TARGET  matlamat jelas, FOKUS SCORE goal CDM 2012...GOOOOOOOAAAAALLLLL

nak mati ke nak idup..BACA NIH..


IMPIAN  masih belum tercapai..ct teringin sangat nak terbang bebas cam rama-rama..suka sngat layan lagu ELLA-rama-rama...terbang bebas cam burung di angkasa..bebas melihat kehijauan bumi Allah terbentang luas, menyaksikan gunung ganang tegak berdiri..gagah memegang bumi agar tidak goyah..melihat lautan yang biru, melihat ombak pantas memukul pantai....bestnyer tak terucap dengan kata2...ct di kategorikan org yg gayat dulu2nyer..sikit demi sikit ketakutan mulai hilang, bila ct 1st time cuba dengan menaiki roller cooster di TOKYO, JAPAN 2009...

bilakah impian TERBANG ini akan tercapai???..apakah perkara pertama yg perlu ct lakukan untuk TERBANG???..sapakah yang akan mengajar ct TERBANG???..berapakah kos untuk ILMU TERBANG????...ct BELIEVE ct akan TERBANG..tungggggggggu..WAIT N SEE MY DEAR FRIEND...

SMILE OR DIE....



Saban tahun umat Islam di Malaysia khususnya tidak pernah lupa untuk menyambut ulang tahun kelahiran junjungan besar Rasulullah saw Pelbagai majlis sambutan diadakan di masjid-masjid dan surau-surau serta pada kebiasaannya diadakan juga upacara rasmi perarakan maulidur rasul.

Sebenarnya kita tidaklah semata-mata hanya memperingati dan merayakan kedatangan Rabiul Awal bulan kelahiran baginda. Tapi apa yang lebih penting di dalam keghairahan kita bersama-sama menyambut hari kelahiran baginda ialah iktibar dari misi perjuangannya dalam membawa manusia berhijrah dari kegelapan jahiliah kepada cahaya iman dan taqwa kepada Allah swt

Misi perubahan yang menjadi intipati perjuangan baginda adalah untuk menegakkan Islam. Islam yang telah diwahyukan oleh Allah swt sesuai dengan peranan baginda sebagai Rasul - "pesuruh Allah" sepertimana yang ditegaskan oleh Allah swt dalam firmanNya pada surah Ali Imraan: ayat 144 yang bermaksud:

"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? .... ......... "

Di dalam kesempatan kita menyambut maulidur rasul, seringkali kita terlupa atau tidak memberikan fokus terhadap misi perjuangan baginda. Misi perubahan yang unggul di dalam sejarah kemanusiaan membawa Islam sebagai ad-Deen - "a way of life" selari dengan sifatnya yang universal merentasi semua kaum dan warna kulit iaitu Islam untuk semua - "Islam for all. "Kesejagatan keadilan Islam ini terserlah jika kita menghayati dan menyelusuri sirah perjuangan baginda.

Di samping itu, kita selalu mendengar puji-pujian dan laungan para peserta perarakan malidur rasul bahawa baginda adalah sebagai contoh teladan unggul bertepatan dengan firman Allah swt di dalam al-Quran pada surah al-Ahzaab: ayat 21 yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (kerdhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang) . "

Adalah penting terutamanya kepada pendokong dan daie gerakan Islam mengambil iktibar dari peristiwa misi awal baginda pergi berdakwah ke Taif. Sambutan yang baginda terima daripada penduduk Taif sangat mengecewakan. Bukan saja mereka tidak ambil peduli ajakan baginda untuk membuat perubahan malah baginda dihujani dengan batu-batu hingga menyebabkan baginda luka berdarah. Melihatkan keadaan baginda yang terluka itu malaikat meminta baginda agar mengizinkannya untuk membalikkan batu-batu besar supaya menghempap ​​mereka semua ke dalam bumi.

Tapi apakah yang diminta oleh baginda ketika bermunajat kepada Allah? Baginda memohon Allah memberikan hidayah kepada mereka kerana mereka masih jahil. Sikap unggul penuh kesabaran dan ketabahan serta pemaaf ini perlu kita contohi dalam misi untuk membawa perubahan.

Baginda sesekali tidak menaruh dendam malah berlapang dada menerima kejahilan mereka dan bersimpati memohon Allah memberikan hidayah petunjuk kepada mereka. Seharusnya inilah salah satu contoh teladan yang patut kita ikuti di dalam komitmen kita berjemaah baik sesama anggota jemaah mahupun kepada sasaran dakwah kita.

Sesungguhnya kalau kita bersikap membalas dendam dan tidak mengambil contoh teladan daripada Rasulullah itu, pada hakikatnya kita samalah jahil dengan mereka yang memusuhi kita. Malah misi perubahan yang kita ingin jayakan tidak akan tercapai.

Seharusnya dari penolakan yang kita terima itu kita hendaklah bermuhasabah mencari pendekatan yang lebih baik untuk memenangi hati mereka. Ingatlah sebuah hadis baginda Rasulullah yang bermaksud bahawa semua amalan itu bermula dengan niat di hati. Jika niat di hati kita penuh dengan dendam kesumat natijah yang akan kita dapat akhirnya akan memusnah kita. Tapi jika niat kita ikhlas kerana Allah maka hasil yang akan kita perolehi kelak, insya Allah akan membahagiakan kita dan semua yang berkenaan.

Oleh itu marilah kita bersama-sama beriltizam membawa misi perubahan ke arah sebuah masyarakat yang adil dan berkebajikan untuk semua dengan mengambil contoh teladan dari Rasulullah SAW.

WE SELL FREEDOM..

29hb April 2012..seminar GOGO CDM di menara PGRM Cheras sungguh special bg ct...lbh kurg 100 usahawan yang hadir, 70% team kami..moment yg cukup2 indah..mencari ilmu PERNIAGAAN bersama biz partner..CDM Suhaidah Bakar, CDM Sabarina Ahmad Sabri, Cdm Rosliah Tamit, DDM Mohd zaki Kadiron, DDM Siti Nur Baiti Mustapha, DDM Zainab Mat Amin ini cuma beberapa nama yg ct sebutkan di sini sudah lebih dari 5 thn bersama di redah bukit bukau cabaran, gunung ganang kedukaan, lautan kesabaran tetap di hati..tetap bina dan terus bina PERNIAGAAN bersama HAI- O Marketing..
Kata2 keramat upline TERHEBAT n TERHANGAT di pasaran CDM JUE BASTAMAM n CDM ZULCOR.." Tie..mu akan jadi, apa yang kamu fikirkan"..yes ct akan buktikan...

Tahun 2012, ulangtahun Hai O yang ke 20....kta tunggggguuuuuuu sapa CDM yyg akan diraikan nanti...yg PASTI...CDM MOHAMAD ZAKI KADIRON, CDM SITI NUR BAITI MUSTAPHA, CDM ZAINAB MAT AMIN, CDM NASRIN ZAINAL ABIDIN..