Friday, April 13, 2012
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH..
Ketinggian martabat insan di sisi Allah SWT dinilai bukan daripada pangkat atau
kedudukan, kebangsawanan atau darjat keturunan,kemewahan atau harta benda
malahan bukan daripada warna kulit dan paras rupa.
Nilai sebenar kewujudan insan yang dilantik sebagai khalifah Allah di muka bumi
ini, dirangkumkan dalam satu kalimah yang mudah sebutannya sebagai takwa
seperti mana yang dinyatakan ole Allah SWT menerusi firman-Nya:
Maksudnya: Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang
lebih takwanya di antara kamu. Sengguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana.
Bertitik tolak daripada ayat ini, sebagai hamba Allah kita seharusnya berusaha
untuk mengabdikan jiwa raga terhadap keesaan-Nya, melaksanakan amalan soleh
dan kebajikan setiap ketika serta menjauhi segala larangan-Nya. Dalam erti kata
yang lain, seorang Muslim yang beriman seharusnya mendidik diri, keluarga dan
masyarakat serta memenuhi tunutan ibadah. Proses pendidikan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna sekiranya seseorang Muslim itu tidak mempunyai
ilmu atau memahami perkara-perkara asas dalam islam.
HAMBA ALLAH YANG BERTAKWA
Perkara-perkara asas ini merangkumi kehidupan manusia bermula dari kelahiran
sehinggalah mereka kembali kepada Allah SWT. Di samping itu juga, ilmu
pengetahuan mengenai perkara-perkara asas ini(fardu ain)adalah pentimg dalam
membentuk diri kita menjadi hamba Allah yang bertakwa.
Subscribe to:
Posts (Atom)