Monday, October 22, 2012

~ Be A New You ~

Perjalanan hidup memberikan banyak pengajaran dan juga pengalaman. Setiap hari kita bertemu pelbagai watak dan ragam manusia. Ini memberi rencah kepada kehidupan kita yang adakala manis, pahit, kelat dan sebagainya... Perjalanan hidup ini biar bagaimana rasanya sekali pun namun jika kita melihat ia sebagai satu bentuk pengajaran dan pengalaman maka kita akan amat menghargainya.
Sama juga dengan diri saya. setiapkali kita menemuph sesuatu perkara baru maka ia perkara yang amat bernilai buat diri kita, kerana itu saya katakan bahawa Setiap Hari yang Dilalui Adalah Pengalaman Baru.
— at International Gebuz & Gorgeous Club, Seksyen 7, Putra Heights.

~ Perjalanan Perjuangan Pengorbanan !!!!

 
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi. — at International Gebuz & Gorgeous Club, Seksyen 7, Putra Heights.

~ Kemudi diri -- Muhasabah Terbaik ~

 
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim) — at International Gebuz & Gorgeous Club, Seksyen 7, Putra Heights.

~ Pintaku..IzinMu Ya Allah ~


Doa Seorang Hamba.

Seorang lelaki berdoa kepada Allah S.W.T agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah S.W.T memberikannya kaktus dan ulat beluncas. Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.

Kemudian dia berfikir: Allah S.W.T mempunyai terlalu ramai hamba untuk diuruskan
dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya. Selepas satu tempoh, lelaki i

ni memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu, tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat beluncas yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Allah S.W.T sentiasa melakukan semua perkara dengan betul !
Cara Allah S.W.T sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah S.W.T, percayalah! Pasti ada hikmah disebaliknya, Allah S.W.T sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang anda perlukan. Allah S.W.T tidak akan gagal memenuhi permintaan hamba-Nya, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

Duri hari ini adalah bunga hari esok. Allah S.W.T mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-NYA.

Allah S.W.T tak beri apa yang kita MAHU, TETAPI Allah S.W.T beri apa yang kita PERLU..

Kesian.Kesia.Kesian..


Kesian Perempuan......

diam — dia lemah .
lantang — nampak salah .
mesra — dia gatal .
pasif — dipijak-pijak .
kahwin — bila beranak? .
tak kahwin — pasti digelak .
berhijab — dikata kolot, jahat, menunjuk² .
tak tutup — lagilah heboh .

setia — dimadu laki ....
curang — dicanang keji .
terlalu cinta — dimain²kan .
terlalu berjaga — dimarah²kan .
menangis — rimas selalu .
mata kering — dipanggil kepala batu .
buat betul — pelbagai benda dipersoal .
buat silap — sekampung berbual .

tp UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan
kejian & hinaan, SYURGA adalah tempatnya, cukup hanya
menjadi SOLEHAH kerana ALLAH, patuh segala perintah
Allah, insy-Allah dirinya sebaris dgn para bidadari &
mungkin lebih atas lagi, dengan izin Allah di syurga kelak,insya-Allah...

~ Ukhwah Dunia Akhirat ~

Kita BERKENALAN , adalah PERANCANGAN ALLAH..
Kita BERKAWAN dalam diam begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.

--- Assalamualaikum ---


CARA MENYAMBUT MUSIM KEBAJIKAN:

1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia dari kebaikan dan menjauhkannya dari Tuhannya.
2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah . Firman Allah yang bermaksud: {Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.} [Al-Ankabut: 69].
Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban.
Sabda Rasulullah : Maksudnya: “Apabila masuk sepuluh terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” [HR Muslim]. 
Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama' berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama' Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulama'nya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang sangat besar dan hampir kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim].
Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persedian pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.
Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Sekian, wassalam.
وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

--- Kelebihan Bulan Zulhijjah ---

Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya. 

Salah satunya ialah: 
Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zulhijjah.
Beberapa dalil dari Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:
1. Firman Allah :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْر [سورة الفجر: 1-2]
Maksudnya: {Demi fajar dan malam yang sepuluh.} [Al-Fajr: 1-2]
Kata Ibnu Kathir :: Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari].



4. Dari Ibnu Umar , Rasulullah bersabda:
((مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ، وَلا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ)) 
[رواه أحمد 5446-صحيح]
Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”



AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:
1. SOLAT. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan. Thauban berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim]. Ini umum untuk semua waktu.
2. PUASA. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah berkata: “Rasulullah berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei] 
Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.



3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Ini kerana hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Kata Imam Bukhari :: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.”
Katanya lagi: “Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.”
Ibnu Umar bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah .
Adalah patut sekali para muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah dilupakan pada hari ini, sehinggakan orang-orang yang baik pun telah melupakannya, tidak seperti orang-orang soleh yang terdahulu.
Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:
الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر. 
الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر.
لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر. 
الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.



4. PUASA PADA HARI ARAFAH. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah . Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya. 
((صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ)) [رواه مسلم]
Maksudnya: “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” [HR Muslim].
PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.



5. KELEBIHAN HARI RAYA KORBAN (YAUM AN-NAHR), 10 ZULHIJJAH.
Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelusuk dunia. Sesetengah ulama’ berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal didalam setahun sehingga melebihi hari Arafah. 
Kata Ibnu Al-Qayyim :: Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari kesebelas Zulhijjah).
Setengah ulama' lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai daripada hari Arafah dan pada hari itu juga Allah turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.
Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.
Samada hari Nahr atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.

>>> Massive Attack FF <<< V V Vrooom Velocity









>>> Massive Attack FF <<< V V V Vrooom Velocity

 From  This Biz, We Can Gain 4@5 Figures Income Monthly..
Whatssup Gebuz NOW... 0193333396
V V V V V Vrooooooom VELOCITY..