Monday, October 22, 2012

~ Pintaku..IzinMu Ya Allah ~


Doa Seorang Hamba.

Seorang lelaki berdoa kepada Allah S.W.T agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah S.W.T memberikannya kaktus dan ulat beluncas. Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.

Kemudian dia berfikir: Allah S.W.T mempunyai terlalu ramai hamba untuk diuruskan
dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya. Selepas satu tempoh, lelaki i

ni memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu, tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat beluncas yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Allah S.W.T sentiasa melakukan semua perkara dengan betul !
Cara Allah S.W.T sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah S.W.T, percayalah! Pasti ada hikmah disebaliknya, Allah S.W.T sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang anda perlukan. Allah S.W.T tidak akan gagal memenuhi permintaan hamba-Nya, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

Duri hari ini adalah bunga hari esok. Allah S.W.T mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-NYA.

Allah S.W.T tak beri apa yang kita MAHU, TETAPI Allah S.W.T beri apa yang kita PERLU..

No comments:

Post a Comment