Wednesday, January 23, 2013

12 RabiulAwal 1434 H..Kelahiran Kekasih Tercinta

Kelu. Cuba mencari diri dalam merenungi kalam suci di sisi. Kelahiran anak Abdullah dan Aminah pada hari lalu, sangat terkesan pula pada jiwa - lebih dirasa berbanding terdahulu. 

Sudah dewasa agaknya. Semakin. Sedar dengan kalbu, lihat dengan mahu, apa yang diperjuangkan insan yang sayang sungguh dengan umatnya ini sehingga akhir nafasnya. Cuma sunnah dan kitab ALLAH - AL-Quran ini di amanah - di pegang sehingga hari semua manusia dan alam digulung dan riwayat tertamatkan.

 Sempena tahun hijrah 1434 ini, Ct mengambil inisiatif untuk berkongsi sedikit akhlak terpuji Rasullullah saw yang patut dijadikan teladan dan ikutan kita dalam kehidupan.

- Pemaaf dan tidak mengendahkan sikap buruk orang lain. (Sangat sabar dengan karenah orang lain) 
-Adil, suka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
 -Sangat penyabar dalam perjuangan. (Walau diduga beliau tetap bertahan dengan begitu sabar) 
-Menolak kejahatan dengan baik. (Rasulullah amat menjaga hati orang lain dengan menolak setiap perkara buruk dengan baik supaya orang yang berbuat salah itu tidak berkecil hati dengannya) 
-Sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH s.w.t-Mampu menahan kemarahan. 
-Menunaikan hak sesama muslim. (Hadis hak sesama muslim) 
-Melahirkan kasih sayang melalui ucapan salam.-Menghadiri undangan.
 -Suka memberi nasihat dan menjawab kemusykilan.-Mendoakan orang yang bersin. 
-Menziarahi orang sakit, mengurus jenazah, menolong orang teraniya 
-Mencintai sesama muslim seperti diri sendiri-Berbuat baik kepada jiran 
-Sentiasa bersedekah pelbagai perkara-Membantu meringankan beban orang lain
 -Menutup aib orang (hadis aib)Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:

    
Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim No.4677)

-Merintis dan menunjuk jalan kebaikan. 
-Memberi kepada orang yang meminta atau mendoakannya
 -Meninggalkan perkara sia-sia-Mencari keredaan dan menghormati ibubapa
 -Menyambung siraturrahim dengan keluarga
 -Sentiasa diam dalam hal-hal yang tiada kaitan dengan dirinya sendiri-Sentiasa muhasabah diri-Bersifat malu 
-Menjaga kehormatan atau tidak mengumpat orang lain-Jujur dan ikhlas dalam beramal- Bersifat tawaduk
 -Tidak bersifat riak
 -Tidak menduduki tempat orang lain tanpa izinnya
 -Tidak bebrisik antara teman ketika bertiga
 -Berhemah dalam perbelanjaan dan penggunaan harta 
-Memikirkan dan mengutamakan orang lain-Tidak memulau sesama muslim 
-Tidak meniru atau menyerupai cara hidup bukan islam
 -Tidak berdengki 
-Mampu menguasai dan menahan perasaan marah
 -Tabah dan tetap pendirian 
-Berani 
-Dermawan dan pemurah
 -Tidak buruk sangka
 -Tidak mencaci maki sesama muslim 
-Tidak berdebat dan berbantahan
 -Lemah lembut
 -Menyayangi anak yatim
 - Walaupun beliau terpelihara dari dosa: maksum dan dan mulia di sisi ALLAH, beliau tetap merendah diri dan memohon dijauhi dari akhlak yang buruk
.-Bertanggungjawab terhadap pembantu rumah
 -Menyayangi binatang

Semoga kita sentiasa belajar sesuatu dari baginda Rasulullah saw dan sentiasa berselawat dan mengamalkan sunahnya. Salam maulidur Rasul buat semua umat ISLAM ..ayuh setiap saat setiap detik kita BERSELAWATLAH kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Gemilang Ulangtahun ke 20th Hai-O Marketing siri iii



JODOH OH JODOH di usia 73tahun siri ii


  Alhamdulillah selepas sehari Tuan haji Jaafar (yg memeluk Bio Velocity tu) sebelum ni berdiri pun menggunakan tongkat..syukur selepas menggunakan Bio Velocity, rakan masjid hairan dengan kedaan Hj jaafar yg sudah dpt solat berdiri, maka Imam Besar Masjid Puan Chik ingin juga mengetahui apa itu  BIO VELOCITY..Alhamdulillah Hj Imam belikan untuk mak beliau yg berusia 90 sebgai hadiah.. Alhamdulillah..Allahuakbar..dengan izinMu YaAllah


  




Cyber Clazz at IBC








Karnival Kesihatan IBC di Kg Padang, Hulu Langat








Karnival Kesihatan IBC di Kg Lakai Jelebu







Powerfull Energy T-Shirt Bio Velocity

 Powerfull Energy T-Shirt Bio Velocity
1 Rm35.00 ~ 2 Rm60.00


 


Karnival Kesihatan IBC di Dewan Simpang Durian Jelebu


DARI MASYARAKAT UNTUK MASYARAKAT
~ BIO VELOCITY SLEEP MATE ~













FINAL SHOOTING TESTIMONI BIO VELOCITY

 Syukur dengan NIKMAT KESIHATAN kurniaan Allah Taala
TQ ALLAH..TQ BIO VELOCITY..