Wednesday, April 11, 2012

BENARKAH KITA MAMPU BERUBAH..

BENARKAH KITA MAMPU BERUBAH???..menjadi hebat seperti Abdul Rahman bin Auf..

Ustaz Hasrizal Abu Jamil menulis di dalam laman webnya, " Menjadi hebat bukan suatu pilihan kerana ahli SYURGA terdiri dari individu yang hebat"..(di petik daripada www.saifulislam.com)..

kita mesti menjadi orang yang hebat dan Abdul Rahman bin Auf adalah Model yang hebat dalam dunia bisnes. Beliau adalah tokoh yang perlu kita contohi dan kita jadikan beliau model dalam bisnes yang kita ceburi..

KEPUTUSAN BAGI BERUBAH TERLETAK DI TANGAN KITA...mari sama2 kita semua melakukan transformasi dengan menjejaki teladan bisnes Abdul Rahman bin Auf...SAIDINA  UMAR AL-KHATTAB BERKATA.."sekiranya hari ini lebih baik dari hari semalam maka kamu beruntung"..

ABDUL RAHMAN BIN AUF memberi peringatan yang masyhur.." sekiranya aku mengangkat batu dan pasir, pasti di bawahnya terdapat emas dan perak"...APAKAH RAHSIA BELIAU..

Jutawan Islam..

Menjejaki Kehebatan Abdul Rahman bin Auf dalam masa 25 Hari
Perubahan membawa maksud anjakan baru daripada takuk lama kepada tabiat, amalan, dan strategi yang baru. Ironinya, ada dalam kalangan ibu bapa sanggup melabur ratusan ringgit bagi menghantar anak mereka ke program motivasi dan kelas tuisyen. Manakala organisasi atau syarikat san dggu p berbelanja ribuan ringgit bagi menghantar staf dan kumpulan pengurusan menghadiri kursus atau seminar transformasi. Tembok penjara pula dibangunkan dengan kos jutaan ringgit oleh kerajaan sebagai pusat transformasi. Begitu juga sekolah khas bagi kes juvana.

Transformasi diri  tidak semata-mata bergantung kepada berapa besar infrastruktur yang dibina ,tidak berkesan dengan bayaran mahal bagi seminar ,tetapi ianya hadir dengan keazaman dan kecekalan yang tinggi.

Umar Al Khattab digambar bersikap bengis dan benci kepada Rasulullah.Namun, selepas meyakini Keesaan Allah dan kebenaran Rasulullah, Akidah yang benar terpancar daripada keazaman yang tinggi, berjaya membuatkan beliau melakukan transformasi hanya dalam masa yang singkat sahaja selepas mendengar bacaan surah Taha.

Dalam hal transformasi diri, IMAM GHAZALI pernah mengatakan sekiranya seseorang itu tidak berubah kepada kebaikan selepas umurnya 40 tahun, sukar untuknya berubah selama-lamanya..