Wednesday, April 11, 2012

Jutawan Islam..

Menjejaki Kehebatan Abdul Rahman bin Auf dalam masa 25 Hari
Perubahan membawa maksud anjakan baru daripada takuk lama kepada tabiat, amalan, dan strategi yang baru. Ironinya, ada dalam kalangan ibu bapa sanggup melabur ratusan ringgit bagi menghantar anak mereka ke program motivasi dan kelas tuisyen. Manakala organisasi atau syarikat san dggu p berbelanja ribuan ringgit bagi menghantar staf dan kumpulan pengurusan menghadiri kursus atau seminar transformasi. Tembok penjara pula dibangunkan dengan kos jutaan ringgit oleh kerajaan sebagai pusat transformasi. Begitu juga sekolah khas bagi kes juvana.

Transformasi diri  tidak semata-mata bergantung kepada berapa besar infrastruktur yang dibina ,tidak berkesan dengan bayaran mahal bagi seminar ,tetapi ianya hadir dengan keazaman dan kecekalan yang tinggi.

Umar Al Khattab digambar bersikap bengis dan benci kepada Rasulullah.Namun, selepas meyakini Keesaan Allah dan kebenaran Rasulullah, Akidah yang benar terpancar daripada keazaman yang tinggi, berjaya membuatkan beliau melakukan transformasi hanya dalam masa yang singkat sahaja selepas mendengar bacaan surah Taha.

Dalam hal transformasi diri, IMAM GHAZALI pernah mengatakan sekiranya seseorang itu tidak berubah kepada kebaikan selepas umurnya 40 tahun, sukar untuknya berubah selama-lamanya..

No comments:

Post a Comment