CARA MENYAMBUT MUSIM KEBAJIKAN:
1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya
dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan
maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia dari kebaikan dan
menjauhkannya dari Tuhannya.
2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah
. Firman Allah yang bermaksud: {Dan orang-orang yang berjihad untuk
(mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan
Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat
baik.} [Al-Ankabut: 69].
Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban.
Sabda Rasulullah : Maksudnya: “Apabila masuk sepuluh terawal bulan
Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat
korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” [HR
Muslim].
Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama' berbeza pendapat tentang hukum hadis
ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama' Syafei mengatakan haram perbuatan
menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulama'nya yang lain
mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang sangat besar dan
hampir kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim].
Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan
melakukan persedian pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang
besar ini.
Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk
termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan
kebaikan. Sekian, wassalam.
وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
No comments:
Post a Comment