Saturday, March 31, 2012

Exclusive Corset Premium Beautiful..Petua Kak Ct Menjaga Rambut


Petua Melembut dan Membuatkan Rambut Cantik Bersinar

Gunakan ajer daun teh yang telah digunakan (IMPERIAL TEA HAI-O). Daun teh ni blh membuatkan rambut kita segar, lembut dan bersinar-sinar.

Caranya, RENDAM 1 SACHET  impreal tea tersebut ke dalam segelas air bersih. Tutup gelas tersebut dan biarkannya semalaman.

Keesokan harinya, tapis daun teh tersebut. Campurkan air daun teh yang telah ditapis tadi dengan sesudu jus limau nipis / limau kasturi / lemon (ini lebih baik). Gunakan ramuan ini untuk membilas rambut setiap kali bersyampu. Insyaallah, rambut anda akan lebih cantik, lembut dan bersinar selepas beberapa kali menggunakan ramuan ini.





Satu lagi petua mudah adalah dengan menggunakan jus lemon /limau nipis sebagai conditioner rambut. Sebiji ajer dh mencukupi untuk dijadikan conditioner rambut ni. Tapi campurkan dulu jus limau / lemon ni dengan secawan air suam, kemudian baru apply kat rambut sebagai conditioner.

Selamat Mencuba..........



Petua Mengurangkan Rambut Gugur

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit AIR BIO AURA  (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu. 
selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment