Monday, February 6, 2012

Kelahiranmu kekasihku..MEMBAWA RAHMAT

Salam Maulidur Rasul...Sesungguhnya, mengenali, mengkaji dan memperhatikan keperibadian Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah perkara yang sangat di tuntut, kerana dengan penambahan ilmu pengetahuan dan amalan amalan berasaskan sunnah Baginda itulah jalan pasti mencapai kecintaan terhadap baginda..

Allah Azza Wajalla memuliakan Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam dengan setinggi-tinggi penghormatan,
seperti di dalam firmanNya yang bermaksud:

"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yan amat mulia."(Al-Qalam:4)

Allah Subhanallahu Wa Ta'ala yang mencipta Nabi Muhammad kemudian memuji dan mengagungkan
Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam dengan berbagai keistimewaan dan mukjizat yang  tidak terhingga.
Maka wajib bagi kita sebagai ummat Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk kita melihat keperibadian beliau dengan pandangan kemuliaan dan penghormatan.Apatahlagi di akhirat,kita sangat-sangat berharap kepada syafaat yang telah dikurniakan oleh Allah Azza Wajallankepada beliau Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Oleh itu usaha yang telah dipelopori sejak zaman para ulama dahulu lagi bagi mengadakan peringatan  Maulidurrasul dan isian bacaan maulid karangan  para ulama-ulama tersohor adalah merupakan  usaha yang cukup mulia di dalam mengembalikan  kecintaan dan ikatan umat islam kepada Nabi mereka.Usaha ini adalah bagi mengingatkan umat islam kepada seorang insan yang sepatutnya dijadikan contoh tauladan kepada umat manusia sepanjang zaman.          

No comments:

Post a Comment