Sehinggalah waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit tersebut adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada peringkat terawal serta mendapat rawatan penyakit tersebut.
Tahap-tahap kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi. (Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal). Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes). Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui. Jenis sel-sel kanser(cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan.
Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.
Tahap 1
Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Kadar kesinambungan hayat (prognosis) para pesakit kelazimannya berkait rapat dengan tahap penghidapan penyakit tersebut pada masa diagnosa dibuat.
Keadaan yang bebas daripada kanser selama 5 tahun adalah dianggap sudah sembuh daripada kanser payudara. Ini adalah 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2, 30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4.
Kepentingannya menemui kanser payudara pada tahap yang awal
Sehinggalah waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit tersebut adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada peringkat terawal serta mendapat rawatan penyakit tersebut.
No comments:
Post a Comment