Thursday, February 9, 2012

UMAT ISLAM MESTI KAYA


FORMULA KEBERKATAN HARTA

i- Hak diri dan keluarga + ii- Ujian dunia = iii Keberkatan harta

i- Hak diri keluarga

Islam membenarkan perbelanjaan yang dibuat bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga.Malahan Nabi Muhammad mengarahkan para sahabat supaya  mengambil kira perbelanjaan keluarga sebelum keluar berjihad.Selain itu,memberi nafkah kepada keluarga juga dikira sebagai sedekah.

ii- Ujian dunia

Lebihan  daripada perbelanjaan untuk hak diri dan keluarga adalah ujian dunia daripada Allah bagi membuktikan keimanan hamba-Nya.Ujian dunia ini mengandungi dua keputusan sahaja,iaitu sama ada kita menunaikan hak Allah ataupun mengikut petunjuk iblis.

iii- Keberkatan harta

Keberkatan bermaksud suatu yang sukar diperkatakan kerana sifatnya yang relatif.Namun,kepada Allah juga kita berserah dan bertawakal.

          Harta bukan kekasih yang patut dicintai,kecintaan yang hakiki adalah kepada Allah.dengan itu,seseorang akan berasa bahagia dan gembira ketika kekasih yang hakiki mengurniakan rezeki dan kekayaan diri dan keluarga.Apa yang pasti,harta yang diberkati akan sentiasa bertambah dan tidak putus-putus bagaikan Sungai Nil yang mengalir di Mesir.Kita juga akan memperolehi kebahagiaan di akhirat nanti.




No comments:

Post a Comment