Hai-O Marketing Sdn Bhd ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah syarikat jualan langsung atau 'Direct Sellings' (DS) berbentuk 'multi level marketing' (MLM) dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada bulan September 1992. Merupakan anak syarikat kepada Kumpulan
Hai-O, iaitu Hai-O Enterprise yang ditubuhkan pada tahun 1975 dan tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di Papan Kedua pada 6hb Disember 1996....tarikh keramat 8hb oktober 2010 Hai-o tersenarai di papan UTAMA BURSA SAHAM MALAYSIA
Merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang menjual ubat-ubatan tradisional Cina tersenarai di BSM. Hai-O Enterprise memiliki lebih 20 buah anak syarikat dan mengembangkan sayap perniagaan dan pelaburan ke luar negara melalui penubuhan anak-anak syarikat di Singapura, Thailand, Hong Kong, Taiwan dan negara China. Ini membuktikan bahawa sebagai sebuah syarikat MLM, Hai-O Marketing merupakan salah sebuah syarikat yang diyakini keteguhannya, anggota Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM), dan antara syarikat tempatan yang sedang meningkat naik dalam industri ini di Malaysia.
Hai-O Marketing memberikan lima jaminan kepada mereka yang menyertainya sebagai pengedar atau usahawan iaitu pertama, syarikat berdaftar dan sah dari segi undang-undang; kedua, produk berkualiti; ketiga, pelan pemasaran untuk perniagaan yang menarik dan kompetatif; keempat, program syarikat melalui bengkel, seminar dan konvensyen; dan kelima, kumpulan pengurusan pentadbiran yang profesional.
Prinsip perniagaan Hai-O Marketing ialah Membangun Bersama, Menikmati Kejayaan Bersama melalui industri jualan langsung, dengan membantu lebih ramai orang untuk mencipta kejayaan.
Hai-O Marketing disertai oleh semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum termasuk golongan bumiputera yang bersikap proaktif. Matlamat jangka panjang Hai-O Marketing ialah untuk meletakkan syarikat pada kedudukan teratas dalam MLM di Malaysia serta melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa terutama di kawasan Asia.
Produk Hai-O Marketing dibahagikan kepada beberapa kategori iatu pertama, produk perubatan alternatif dan makanan kesihatan; kedua, produk pakaian dalam pembentukan kontur badan ber-FIR berjenama Exclusive Corset Premium Beautiful dan siri Beautiful; ketiga, produk automobil; keempat, produk agro-pertanian; dan kelima, produk kosmetik. Di antara produk Hai-O Marketing yang sedang hangat diperkatakan di kalangan wanita masa kini ialah produk pakaian dalam pebentukan kontur badan ber-FIR berjenama Exclusive Corset Premium Beautiful dan semakin ramai usahawan -usahawan baru muncul...
No comments:
Post a Comment