Kalau ada orang hadiahkan kita Sesuatu yang berharga, siapa yang kita cintai? orang yang menghadiahkan atau barang-barang yang dihadiahkan? Tentu pada orangnyakan? Hadiah itu Kalaupun disukai pun, tentu tidak melebihi dari cinta kepada orang yang memberinya. Itu yang patutkan? Yang tidak patut ialah mencintai Hadiah lebih daripada orang yang memberi.
Hingga orang itu dilupai dan tidak dipeduli. Kerana itulah yang berlaku Kini. Allah SWT hadiahkan kita segala macam Nikmat. Tiba-TIBA Nikmat itu yang kita puja dan puji kepada kita tidak peduli dan tidak ingat pada Allah, Sebaliknya menderhakai-Nya pula. Tidak terfikirpun nak kongsikan Hadiah Allah itu ke jalan Allah. Semuanya diambil dan digunakan untuk KEPENTINGAN diri. Tiada rasa terima kasih pada Allah dan malu pada Allah. Alangkah kejamnya kita ni. Sedangkan Haiwan pun tahu membalas budi tuannya, tapi manusia Lupa daratan, Lupa pada yang menciptakannya.
Cinta diberi pada harta, anak, pasangan hidup, perniagaan dan lain-lain sehingga tiada sedikitpun cinta kita kepada Allah SWT. Pengorbanan hanya pada yang dicintai tadi sehabis-habisnya, Namun tiada apa pun yang dikorbankan di jalan Allah. Walhal semua yang dikasihi itu, tidak kekal dan pengorbanan juga tidak berbalas. Jadilah manusia selalu Kecewa dalam hidup akibat tersalah memberi cinta. Cinta Agung patutnya diberi pada Allah SWT. Pengorbanan juga dilebihkan untuk Allah. Barulah cinta tidak akan berakhir dan pengorbanan akan undian dan diganti.
"Ya Allah Ya RABBI ku, Ya Rahman, Ya Rahim..berilah aku ilham untuk mensyukuri Nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku ....~~ ~ Mensyukuri Nikmat Allah dengan tidak mensia-siakan peluang dan ruangan yang Allah kurniakan untuk mengecapi HARTA ..? kesenangan .. Kebebasan .. dan peluang membuat kebaikan dan Kebajikan sesama makhluk ... adalah salah satu jalan untuk kejayaan dunia dan Akhirat ~ ~ ~
No comments:
Post a Comment