Dalam
bisnes MLM, kegagalan biasanya dituding kepada pemimpin atau UPLINE yang
dianggap gagal bertindak. Maksudnya, setiap kali berlaku kegagalan
terhadap DOWNLINE itu adalah kerana kegagalan UPLINE dan wajib
dipersalahkan. Benarkah tanggapan ini? Cuba anda berfikir secara di
luar kotak atau terbalik, sebahagian besar pemimpin-usahawan sentiasa
ingin menjadi yang terbaik dan contoh kepada rangkaiannya, dan telah
membuktikan dirinya telah sukses mencapai tahap tertinggi.
Bagaimana pula kalau kita melihat dari sudut, sebenarnya kegagalan seseorang DOWNLINE adalah kerana kegagalan DOWNLINE itu sendiri walaupun bukan 100%. Macam mana tu? Contohnya, sebelum menyertai bisnes MLM ramai DOWNLINE berjanji pada diri untuk bersedia berubah, menjadi agen perubahan, bersedia dipimpin dan memimpin, tetapi hakikatnya ramai yang telah mungkir janji atau MOU dengan diri sendiri dan tidak bersedia untuk dipimpin. Jadi kenapa kita tidak salahkan DOWNLINE (bukan semua) yang sememangnya menggagalkan dirinya atau bersedia untuk menangguhkan kejayaan, kerana kegagalan bermaksud kejayaan yang tertangguh.
Ini adalah pilihan bukan kebetulan, kerana
anda berhak untuk memilih. Bagaimana hendak mengatasi cabaran ini?
Senang aje, iaitu semuanya dapat diatasi dan dimengerti apabila wujud
hubungan menang-menang (win win situation) dan perkongsian pintar (smart
partnership). Bermakna UPLINE memahami peranan dan tanggungjawab
kepada DOWNLINE dan DOWNLINE memahami peranan dan tanggungjawab sebagai
seorang yang dipimpin. Jom fikirkan, sekiranya kedua-dua saling
membentuk kerjasama dan memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing
maka akan wujud keserasian dan peningkatan ukhuwwah, dan kesannya
NETWORK semakin berkembang.
UPLINE + DOWNLINE hakikatnya saling perlu memerlukan.. kerana kita adalah BIZPARTNER.. GOOD WE GO..BAD WE GO..
UPLINE + DOWNLINE hakikatnya saling perlu memerlukan.. kerana kita adalah BIZPARTNER.. GOOD WE GO..BAD WE GO..
No comments:
Post a Comment